CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 17 April 2008

Pasukan Impian....

Cuba anda bayangkan jika pasukan ini bermain bola di padang.... pasti ramai yang akan pergi melihat.... lagi syok kalau mereka bermain bola di waktu hujan kan.... hehe

Rabu, 16 April 2008

Chelsea seri 1-1

Pasukan Chelsea hanya mampu seri ketika bertemu dengan Wigan.... gol Chelsea dijaringkan oleh Michael Essien manakala gol Wigan dijaringkan oleh Emile Heskey di minit akhir....

Menurut pengurus Chelsea Avram Grant, beliau kecewa kerana sepatutnya mereka boleh mengutip 3 mata jika pasukannya bermain baik di minit akhir.... Walau bagaimanapun beliau yakin Chelsea masih mampu memberi tekanan kepada Manchester United.

Selasa, 15 April 2008

Michael Ballack

Wah Michael Ballack dan Kilbane sedang buat apa tu!!!.... mungkin mereka sedang berlatih kung fu.....habislah pemain Wigan iaitu Kilbane terkena tendangan si Ballack....

Liverpool Menewaskan Blackburn 3 - 1

Wah gembiranya Gerrard dan Torres selepas menjaringkan gol..... dalam perlawanan tersebut Gerrard, Torres dan Voronin telah menjaringkan gol.... manakala gol Blackburn dijaringkan oleh Santa Cruz.

Menurut Rafael Benitez beliau yakin Liverpool akan layak ke Champions League untuk musim hadapan.... kemenangan 3-1 ke atas Blackburn membolehkan Liverpool mendahului Everton dengan 5 mata..... untuk kedudukan sekarang Liverpool masih di tempat keempat dengan 66 mata manakala Everton masih di tempat kelima dengan 61 mata.

Perlawanan seterusnya Liverpool akan bertemu Fulham.... sama-samalah kita nantikan keputusannya.

Isnin, 14 April 2008

Manchester United menang 2-1

Manchester United menang 2-1 ke atas Arsenal.... gol Manchester United dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dan Owen Hargreaves.... manakala gol tunggal Arsenal dijaringkan oleh Emmanuel Adebayor's.

Sir Alex Ferguson pasti gembira dengan kemenangan Manchester United ke atas Arsenal kerana ini membolehkan mereka mengutip 3 mata lagi.... sudah pasti amat sukar bagi Arsenal untuk mengejar Manchester United.

Adakah Manchester United akan memenangi gelaran juara EPL kerana hanya tinggal beberapa perlawanan sahaja....